Calon Suami....Part 2

Adakah bahagia diukur dengan adanya pasangan di sisi??

Bukankah bahagia itu bila jiwa dihuni iman dan taqwa??Monolog itu bergema beberapa kali di cuping telinganya. Dia memandang langit. Oh Tuhan, berikan aku petunjuk-Mu, bahagia itu apa sebenarnya??

Pandangannya dialihkan pula pada bunga-bunga hiasan yang ada di atas meja ruang tamu Auntie Maria.Cantik. Tapi sayang ia hanyalah plastik. Tidak wangi dan tidak akan menarik kumbang untuk dating dekat. Kalau bunga dikaitkan dengan wanita dan kumbang untuk lelaki, dia hairan, kenapa lelaki zaman sekarang tidak seperti kumbang itu yang dapat membezakan bunga hidup dengan bunga plastik.

Lihat sahaja sekarang, ramai lelaki memilih isteri berdasarkan kecantikan. Walhal, kecantikan bukanlah jaminan keutuhan dan kebahagiaan sebuah rumah tangga. Lihat sahaja di akhbar atau internet masa kini, berapa ramai wanita yang cantik tapi akhirnya bergelar ‘janda’. Bahagia itu apa sebenarnya? Apa??

Kecantikan juga belum tentu menjamin ia dapat mendidik anak menjadi anak soleh. Tapi kenapa,kecantikan yang dipandang??

Mungkin silap kita kerana tidak berdoa PASANGAN YANG TERBAIK UNTUK IMAN. Fikir sahajalah, kita selalu doa minta pasangan yang terbaik untuk diri kita. Yang terbaik dipandangan mata. Contoh yang biasa, kita doa dapat pasangan yang cantik, yang hensem,kulit putih, hidung mancung, rambut lurus, tinggi sekian-sekian, berat sekian sekian. Maka dapatlah pasangan yang sebegitu. Sedangkan, cantik atau hensem belum tentu dapat meningkatkan iman kita, bahkan mungkin kerana kecantikan kita jauh dari Islam. Bacalah semula sejarah anak Abu Bakar yang lalai dari solat jemaah kerana asyik bermain dengan isteri yang cantik. Hingga Abu Bakar menyuruh anaknya menceraikan isterinya. Itu anak Abu Bakar, yang kita nih?? Fikirlah sendiri.

Contoh lain, kita minta pasangan yang kaya agar zuriat tidak melarat. Maka dapatlah pasangan yang kaya. Walhal, kekayaan bukanlah jaminan untuk menghasilkan anak yang soleh. Bahkan mungkin kerana kesenangan, anak kita hanya tahu tentang enjoy..enjoy.. hingga lalai solat. Yang kita?? Mungkin kerana kekayaan, kita jadi bakhil,jadi kedekut..

Contoh lain, kita minta pasangan yang soleh/solehah. Maka dapatlah pasangan yang soleh/solehah. Tapi sedih sebab dia soleh/solehah sorang-sorang. Atau mungkin kerana bangga dapat pasangan yang soleh, kita pun perasan diri baik.

Ada kita minta pasangan yang terbaik untuk iman?

Oh Tuhan..andai Kau berikan aku pasangan yang hensem, biarlah kehensemannya menjadikan aku lebih bersyukur kepada-Mu, jangan biarkan aku lalai dengan kehensemannya. Andai Kau berikan aku pasangan yang kaya, biarlah kekayaannya menjadikan kami lebih dekat kepada-Mu. Biarlah kekayaannya menjadikan anak-anak kami tahu rasa bersyukur dengan kesenangan yang ada. Dan dengan kekayaannya, didiklah kami menjadi hamba-Mu yang megninfakkan harta kepada perjuangan Islam. Andai Kau berikan aku pasangan yang soleh, biarlah kesolehannya menjadikan aku lebih kenal diri-Mu. Biarlah kesolehannya menjadikan anak-anak yang bakal aku lahir adalah anak soleh dan solehah juga. Ya Allah, aku tak kesah dengan siapa Kau jodohkan aku, aku cuma mahukan pasangan yang terbaik untuk imanku. Dan jadikanlah aku isteri yang terbaik untuk iman suamiku. Agar kami menjadi ibubapa yang terbaik untuk pembinaan iman anak-anak kami…

“Tunggu apa lagi?? Datin tuh dah berkali-kali telefon Auntie. Dia nak tau sangat jawapan kamu”, suara Auntie Maria tiba-tiba menyelit-nyelit di antara ayat-ayat doanya. Hingga dia terpaksa mematikan doanya tanpa ucapan ‘amiin’. Takpe, Allah akan kabulkan doa orang yang berdoa kepada-Nya, pujuk hatinya. Fikirannya kembali ke alam realiti, mencari jawapan kepada persoalan Auntie Maria.Entahlah..Dia sendiri tidak tahu apa yang dia tunggu. “Kumbang-kumbang” yang dicalonkan semuanya baik menurut firasat hatinya. Tapi satu soalan yang masih belum terjawab tiba-tiba hadir dalam fikirannya, apakah dia akan tetap berada dalam jamaah Islamiyyah setelah walimah?? Atau perkahwinan akan menjauhkannya dari perjuangan Islam??

Entahlah…Sebenarnya, dia cemburu pada sahabat-sahabat yang masih belum berkahwin walaupun usia sudah jauh. Mereka dapat menumpukan perhatian terhadap perjuangan Islam. Bukan setakat itu, mereka sanggup berkorban masa, tenaga hatta wang ringgit kepada aktiviti Islam. Tidak seperti muslimat yang sudah berkahwin, biasanya perkahwinan seolah-olah merantai kaki mereka untuk bergerak jauh dalam perjuangan Islam, walaupun suami dari jamaah yang sama juga. Fahamkah mereka, kahwin bukan untuk keseronakan tetapi sepatutnya menjadi penerus perjuangan Islam? Bagaimana mereka dapat menghasilkan jundullah andai mereka sendiri jauh dari jamaah islamiyyah??

Tetapi dia lebih cemburukan muslimat yang berkahwin dengan muslimin dan masih tetap berada dalam jamaah. Perkahwinan bukan penghalang mereka. Dia cemburu memikirkannya…!!

Dan bertambah cemburu bila melihat muslimat yang walimah dengan bukan ahli jamaah tetapi masih terus berdiri bersama-sama dalam saff perjuangan, tidak menjadikan perkahwinan dan anak sebagai alasan untuk lari dari tanggungjawab sebagai Ansarullah. Dan lebih cemburu lagi, bila muslimat tuh dapat mengubah suaminya, daripada takde fikrah kepada fikrah perjuangan Islam. Dia cemburu...!!

Bagaimana dengan dirinya kelak…??

Ingatannya kembali teringat kepada MAHA PENENTU JODOH. Eh, mengapa tidak kuajukan saja pada-Nya melalui solat istikhoroh?? Istikhoroh?? Lama sungguh dia tak istikhoroh. Kali terakhir pun ketika dapat dua tawaran keje. Rasa-rasanya kalau dapat satu tawaran keje, mungkin malas lah nak istikhoroh. Lagipun bukannya penting sangat istikhoroh nih, lain lah solat hajat. Hari-hari kita ada hajat..!! Eh, Ya Allah, apa aku dah cakap nih…!! Istikhoroh hanya untuk minta petunjuk calon suami?? Astaghfirullah

Sebut istikhoroh, tiba-tiba pandangannya melihat bayangan Naqibahnya ketika tahun dua di universiti. Kakak yang cantik berkulit mulus dan putih. Kenapa dia tidak menjadikan dirinya seperti Naqibahnya yang menjadikan solat istikhoroh sebagai salah satu agenda penting dalam hidupnya?? Hatta untuk membeli sabun sekalipun, Naqibahnya akan solat istikhoroh, minta pada Allah supaya ditunjukkan sabun apa yang sesuai dengan kulitnya. Nampak remeh tapi pada Naqibahnya, hal besar atau kecil, semuanya perlukan petunjuk Allah.

Tiba-tiba dia rasa malu. Sangat malu pada Allah. Allah hanya diingati untuk hal-hal besar….!!

Calon Suami....

“Nak ke tak nak?”

Auntie Maria bertanya semula. Dia rasa bersalah. Anak datin, baru habis belajar, soleh, itu ciri calon suami yang diajukan Auntie Maria. Anak datin?? Nampak berada. Soleh? Itukan impian semua gadis muslimah sepertinya. Tapi tak mungkin jawapan “ya” diberi. Jawapan “tidak” juga tidak sesuai dilemparkan pada usaha Auntie Maria mencarikan calon suami untuknya.

Tahun lepas, Auntie Maria mencadangkan Ustaz Syahmi. Ustaz yang mengajar di kelas Mualaf, tempat Auntie Maria belajar tentang Islam. Puas Auntie Maria pujuk tapi akhirnya jawapan “tidak bersedia” terkeluar dari mulutnya. Dia tidak bersedia…!!!

Tapi untuk tahun ini, takkanlah jawapan yang sama juga? Usianya semakin menghampiri usia andartu. Wajahnya juga sudah menampakkan warna-warna tua. Esok lusa, tubuhnya juga akan menjejak usia tua. Ya kah tidak bersedia…?

Dua bulan lepas, Makcik Izah bertanyakan pendapatnya tentang seorang pendakwah bebas. Dia hanya terdiam. Tapi bukan tanda setuju mahupun memberontak. Dia cuma mahukan sedikit masa untuk berfikir.

Minggu lepas, dia menerima mesej dari senior sekolahnya, bertanya tentang dirinya sekarang ini. Dia hanya diam. Tapi bukan kerana setuju. Cuma dia mahukan sedikit ruang untuk tenangkan fikiran agar keputusan yang dibuat tidak mengecewakan semua pihak.

Dia bukan tidak menerima ‘anak datin’ itu. Ya….sesiapapun wanita bukan sahaja mahukan lelaki soleh tapi sekurang-kurangnya biarlah soleh berduit. Agar zuriat tidak melarat. Tapi dia mahukan seseorang yang boleh menemannya meneruskan perjuangan Islam. Dia tidak mahu kerana perkahwinan, dia jauh dari perjuangan Islam. Yang pasti perjuangannya dengan ‘anak datin’ itu berbeza.

Dia bukan tidak dapat menerima pendakwah bebas yang Makcik Izah cadangkan. Ya….perkataan pendakwah cukup untuk memberi jaminan baitulmuslim yang bakal dibina adalah seperti yang diharapkan. Tetapi dia mahukan sekurang-kurangnya seseorang yang memahami fikrah yang dibawanya agar dapat menjamin kelancaran perjuangan Islam itu. Yang pasti perjuangannya dengan pendakwah bebas itu berbeza.

Dia bukan tidak dapat menerima senior sekolahnya. Senior itu sangat baik dipandangan matanya. Senior itu ahli surau, tak sosial dan paling penting menghormati keputusannya sebagai seorang muslimah.

“Saya tak kesah kamu suka saya tapi yang penting saya nak kamu tau saya takkan pandang lelaki lebih dari kawan selagi bukan suami saya. Kedua, saya tak nak bercinta. Ketiga saya nak kahwin umur 24. Dan saya harap kita takkan berhubung lagi selepas ini kecuali perlu. Terakhirnya, saya tak kesah kalau kamu kahwin dengan orang lain, dan saya harap kamu juga takkan kesah kalau saya kahwin dengan orang lain. Lagipun antara saya dan kamu, tidak ada istilah ‘couple’. Sebagaimana saya dengan lelaki lain maka seperti itulah saya dengan kamu. Hal jodoh nih, kita serah pada Allah..”

SMS terakhir yang dilayangkan kepada seniornya 4 tahun lepas terpampang semula di ingatannya. Alangkah baiknya senior itu, selama 4 tahun lah senior itu tidak menghubunginya. Begitu hormat senior itu pada keputusannya suatu ketika dulu. Dia rasa bersalah. Dia sendiri yang menetapkan usia 24 sebagai usia penamat zaman bujang. Tapi bila mencapai usia itu, dia jadi rasa bersalah. Bukannya tak dapat menerima tetapi dia perlukan kepastian apakah ‘ahli surau’ akan sama dengan ‘ahli fikrah’? Apakah ‘anti sosial’ akan sama dengan ‘ahli perjuangan’? Yang pasti perjuangannya dengan senior itu berbeza.

Jauh di sudut hatinya, dia juga punya keinginan untuk membina baitulmuslim, menyempurnakan sunnah Rasulullah SAW. Tapi mungkin bukan sekarang. Habis tuh, bila?? Entahlah……

Nak cari yang sama perjuangan? Ya…..memang itulah yang diharap-harapkan oleh semua muslimah. Agar pembinaan baitulmuslim itu berjalan dengan baik seterusnya pembinaan ummah yang mendukung prinsip-prinsip Islam dapat dilaksanakan. Yang muslimin mungkin tidak ada masalah, kerana walau siapapun isteri mereka, pada akhirnya tanggungjawab memimpin keluarga akan dinobat kepada mereka jua. Kalau begitu, menyesal dia tidak menerima lamaran Akhi Syafiq ketika di tahun akhir di universiti.....Bersambung.......

Sesuci Kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4.00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Awak Setuju Tak??

1.Awak setuju tak? Bahawa awak tak boleh lari daripada tujuan hidup di dunia yang sementara ini adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Allah SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAllah di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.

2.Awak setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Allah SWT, awak mestilah redha bahawa Allah adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah untuk memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.

3.Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Allah adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.

4.Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.

5.Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah bagi memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.

6.Awak setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang sohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.

7.Awak setuju tak? Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Allah SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.

8.Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.

9.Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.

10.Awak setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.

11.Awak setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.

12.Awak setuju tak? Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.

13.Awak setuju tak? Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.

14.Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.

15.Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.

Maka, sebar-sebarkanlah 15 pertanyaan penting ini kepada semua yang anda sayangi. Semoga kita mendapat redha Allah SWT.