Calon Suami....Part 2

Adakah bahagia diukur dengan adanya pasangan di sisi??

Bukankah bahagia itu bila jiwa dihuni iman dan taqwa??Monolog itu bergema beberapa kali di cuping telinganya. Dia memandang langit. Oh Tuhan, berikan aku petunjuk-Mu, bahagia itu apa sebenarnya??

Pandangannya dialihkan pula pada bunga-bunga hiasan yang ada di atas meja ruang tamu Auntie Maria.Cantik. Tapi sayang ia hanyalah plastik. Tidak wangi dan tidak akan menarik kumbang untuk dating dekat. Kalau bunga dikaitkan dengan wanita dan kumbang untuk lelaki, dia hairan, kenapa lelaki zaman sekarang tidak seperti kumbang itu yang dapat membezakan bunga hidup dengan bunga plastik.

Lihat sahaja sekarang, ramai lelaki memilih isteri berdasarkan kecantikan. Walhal, kecantikan bukanlah jaminan keutuhan dan kebahagiaan sebuah rumah tangga. Lihat sahaja di akhbar atau internet masa kini, berapa ramai wanita yang cantik tapi akhirnya bergelar ‘janda’. Bahagia itu apa sebenarnya? Apa??

Kecantikan juga belum tentu menjamin ia dapat mendidik anak menjadi anak soleh. Tapi kenapa,kecantikan yang dipandang??

Mungkin silap kita kerana tidak berdoa PASANGAN YANG TERBAIK UNTUK IMAN. Fikir sahajalah, kita selalu doa minta pasangan yang terbaik untuk diri kita. Yang terbaik dipandangan mata. Contoh yang biasa, kita doa dapat pasangan yang cantik, yang hensem,kulit putih, hidung mancung, rambut lurus, tinggi sekian-sekian, berat sekian sekian. Maka dapatlah pasangan yang sebegitu. Sedangkan, cantik atau hensem belum tentu dapat meningkatkan iman kita, bahkan mungkin kerana kecantikan kita jauh dari Islam. Bacalah semula sejarah anak Abu Bakar yang lalai dari solat jemaah kerana asyik bermain dengan isteri yang cantik. Hingga Abu Bakar menyuruh anaknya menceraikan isterinya. Itu anak Abu Bakar, yang kita nih?? Fikirlah sendiri.

Contoh lain, kita minta pasangan yang kaya agar zuriat tidak melarat. Maka dapatlah pasangan yang kaya. Walhal, kekayaan bukanlah jaminan untuk menghasilkan anak yang soleh. Bahkan mungkin kerana kesenangan, anak kita hanya tahu tentang enjoy..enjoy.. hingga lalai solat. Yang kita?? Mungkin kerana kekayaan, kita jadi bakhil,jadi kedekut..

Contoh lain, kita minta pasangan yang soleh/solehah. Maka dapatlah pasangan yang soleh/solehah. Tapi sedih sebab dia soleh/solehah sorang-sorang. Atau mungkin kerana bangga dapat pasangan yang soleh, kita pun perasan diri baik.

Ada kita minta pasangan yang terbaik untuk iman?

Oh Tuhan..andai Kau berikan aku pasangan yang hensem, biarlah kehensemannya menjadikan aku lebih bersyukur kepada-Mu, jangan biarkan aku lalai dengan kehensemannya. Andai Kau berikan aku pasangan yang kaya, biarlah kekayaannya menjadikan kami lebih dekat kepada-Mu. Biarlah kekayaannya menjadikan anak-anak kami tahu rasa bersyukur dengan kesenangan yang ada. Dan dengan kekayaannya, didiklah kami menjadi hamba-Mu yang megninfakkan harta kepada perjuangan Islam. Andai Kau berikan aku pasangan yang soleh, biarlah kesolehannya menjadikan aku lebih kenal diri-Mu. Biarlah kesolehannya menjadikan anak-anak yang bakal aku lahir adalah anak soleh dan solehah juga. Ya Allah, aku tak kesah dengan siapa Kau jodohkan aku, aku cuma mahukan pasangan yang terbaik untuk imanku. Dan jadikanlah aku isteri yang terbaik untuk iman suamiku. Agar kami menjadi ibubapa yang terbaik untuk pembinaan iman anak-anak kami…

“Tunggu apa lagi?? Datin tuh dah berkali-kali telefon Auntie. Dia nak tau sangat jawapan kamu”, suara Auntie Maria tiba-tiba menyelit-nyelit di antara ayat-ayat doanya. Hingga dia terpaksa mematikan doanya tanpa ucapan ‘amiin’. Takpe, Allah akan kabulkan doa orang yang berdoa kepada-Nya, pujuk hatinya. Fikirannya kembali ke alam realiti, mencari jawapan kepada persoalan Auntie Maria.Entahlah..Dia sendiri tidak tahu apa yang dia tunggu. “Kumbang-kumbang” yang dicalonkan semuanya baik menurut firasat hatinya. Tapi satu soalan yang masih belum terjawab tiba-tiba hadir dalam fikirannya, apakah dia akan tetap berada dalam jamaah Islamiyyah setelah walimah?? Atau perkahwinan akan menjauhkannya dari perjuangan Islam??

Entahlah…Sebenarnya, dia cemburu pada sahabat-sahabat yang masih belum berkahwin walaupun usia sudah jauh. Mereka dapat menumpukan perhatian terhadap perjuangan Islam. Bukan setakat itu, mereka sanggup berkorban masa, tenaga hatta wang ringgit kepada aktiviti Islam. Tidak seperti muslimat yang sudah berkahwin, biasanya perkahwinan seolah-olah merantai kaki mereka untuk bergerak jauh dalam perjuangan Islam, walaupun suami dari jamaah yang sama juga. Fahamkah mereka, kahwin bukan untuk keseronakan tetapi sepatutnya menjadi penerus perjuangan Islam? Bagaimana mereka dapat menghasilkan jundullah andai mereka sendiri jauh dari jamaah islamiyyah??

Tetapi dia lebih cemburukan muslimat yang berkahwin dengan muslimin dan masih tetap berada dalam jamaah. Perkahwinan bukan penghalang mereka. Dia cemburu memikirkannya…!!

Dan bertambah cemburu bila melihat muslimat yang walimah dengan bukan ahli jamaah tetapi masih terus berdiri bersama-sama dalam saff perjuangan, tidak menjadikan perkahwinan dan anak sebagai alasan untuk lari dari tanggungjawab sebagai Ansarullah. Dan lebih cemburu lagi, bila muslimat tuh dapat mengubah suaminya, daripada takde fikrah kepada fikrah perjuangan Islam. Dia cemburu...!!

Bagaimana dengan dirinya kelak…??

Ingatannya kembali teringat kepada MAHA PENENTU JODOH. Eh, mengapa tidak kuajukan saja pada-Nya melalui solat istikhoroh?? Istikhoroh?? Lama sungguh dia tak istikhoroh. Kali terakhir pun ketika dapat dua tawaran keje. Rasa-rasanya kalau dapat satu tawaran keje, mungkin malas lah nak istikhoroh. Lagipun bukannya penting sangat istikhoroh nih, lain lah solat hajat. Hari-hari kita ada hajat..!! Eh, Ya Allah, apa aku dah cakap nih…!! Istikhoroh hanya untuk minta petunjuk calon suami?? Astaghfirullah

Sebut istikhoroh, tiba-tiba pandangannya melihat bayangan Naqibahnya ketika tahun dua di universiti. Kakak yang cantik berkulit mulus dan putih. Kenapa dia tidak menjadikan dirinya seperti Naqibahnya yang menjadikan solat istikhoroh sebagai salah satu agenda penting dalam hidupnya?? Hatta untuk membeli sabun sekalipun, Naqibahnya akan solat istikhoroh, minta pada Allah supaya ditunjukkan sabun apa yang sesuai dengan kulitnya. Nampak remeh tapi pada Naqibahnya, hal besar atau kecil, semuanya perlukan petunjuk Allah.

Tiba-tiba dia rasa malu. Sangat malu pada Allah. Allah hanya diingati untuk hal-hal besar….!!

0 comments: