Calon Suami....

“Nak ke tak nak?”

Auntie Maria bertanya semula. Dia rasa bersalah. Anak datin, baru habis belajar, soleh, itu ciri calon suami yang diajukan Auntie Maria. Anak datin?? Nampak berada. Soleh? Itukan impian semua gadis muslimah sepertinya. Tapi tak mungkin jawapan “ya” diberi. Jawapan “tidak” juga tidak sesuai dilemparkan pada usaha Auntie Maria mencarikan calon suami untuknya.

Tahun lepas, Auntie Maria mencadangkan Ustaz Syahmi. Ustaz yang mengajar di kelas Mualaf, tempat Auntie Maria belajar tentang Islam. Puas Auntie Maria pujuk tapi akhirnya jawapan “tidak bersedia” terkeluar dari mulutnya. Dia tidak bersedia…!!!

Tapi untuk tahun ini, takkanlah jawapan yang sama juga? Usianya semakin menghampiri usia andartu. Wajahnya juga sudah menampakkan warna-warna tua. Esok lusa, tubuhnya juga akan menjejak usia tua. Ya kah tidak bersedia…?

Dua bulan lepas, Makcik Izah bertanyakan pendapatnya tentang seorang pendakwah bebas. Dia hanya terdiam. Tapi bukan tanda setuju mahupun memberontak. Dia cuma mahukan sedikit masa untuk berfikir.

Minggu lepas, dia menerima mesej dari senior sekolahnya, bertanya tentang dirinya sekarang ini. Dia hanya diam. Tapi bukan kerana setuju. Cuma dia mahukan sedikit ruang untuk tenangkan fikiran agar keputusan yang dibuat tidak mengecewakan semua pihak.

Dia bukan tidak menerima ‘anak datin’ itu. Ya….sesiapapun wanita bukan sahaja mahukan lelaki soleh tapi sekurang-kurangnya biarlah soleh berduit. Agar zuriat tidak melarat. Tapi dia mahukan seseorang yang boleh menemannya meneruskan perjuangan Islam. Dia tidak mahu kerana perkahwinan, dia jauh dari perjuangan Islam. Yang pasti perjuangannya dengan ‘anak datin’ itu berbeza.

Dia bukan tidak dapat menerima pendakwah bebas yang Makcik Izah cadangkan. Ya….perkataan pendakwah cukup untuk memberi jaminan baitulmuslim yang bakal dibina adalah seperti yang diharapkan. Tetapi dia mahukan sekurang-kurangnya seseorang yang memahami fikrah yang dibawanya agar dapat menjamin kelancaran perjuangan Islam itu. Yang pasti perjuangannya dengan pendakwah bebas itu berbeza.

Dia bukan tidak dapat menerima senior sekolahnya. Senior itu sangat baik dipandangan matanya. Senior itu ahli surau, tak sosial dan paling penting menghormati keputusannya sebagai seorang muslimah.

“Saya tak kesah kamu suka saya tapi yang penting saya nak kamu tau saya takkan pandang lelaki lebih dari kawan selagi bukan suami saya. Kedua, saya tak nak bercinta. Ketiga saya nak kahwin umur 24. Dan saya harap kita takkan berhubung lagi selepas ini kecuali perlu. Terakhirnya, saya tak kesah kalau kamu kahwin dengan orang lain, dan saya harap kamu juga takkan kesah kalau saya kahwin dengan orang lain. Lagipun antara saya dan kamu, tidak ada istilah ‘couple’. Sebagaimana saya dengan lelaki lain maka seperti itulah saya dengan kamu. Hal jodoh nih, kita serah pada Allah..”

SMS terakhir yang dilayangkan kepada seniornya 4 tahun lepas terpampang semula di ingatannya. Alangkah baiknya senior itu, selama 4 tahun lah senior itu tidak menghubunginya. Begitu hormat senior itu pada keputusannya suatu ketika dulu. Dia rasa bersalah. Dia sendiri yang menetapkan usia 24 sebagai usia penamat zaman bujang. Tapi bila mencapai usia itu, dia jadi rasa bersalah. Bukannya tak dapat menerima tetapi dia perlukan kepastian apakah ‘ahli surau’ akan sama dengan ‘ahli fikrah’? Apakah ‘anti sosial’ akan sama dengan ‘ahli perjuangan’? Yang pasti perjuangannya dengan senior itu berbeza.

Jauh di sudut hatinya, dia juga punya keinginan untuk membina baitulmuslim, menyempurnakan sunnah Rasulullah SAW. Tapi mungkin bukan sekarang. Habis tuh, bila?? Entahlah……

Nak cari yang sama perjuangan? Ya…..memang itulah yang diharap-harapkan oleh semua muslimah. Agar pembinaan baitulmuslim itu berjalan dengan baik seterusnya pembinaan ummah yang mendukung prinsip-prinsip Islam dapat dilaksanakan. Yang muslimin mungkin tidak ada masalah, kerana walau siapapun isteri mereka, pada akhirnya tanggungjawab memimpin keluarga akan dinobat kepada mereka jua. Kalau begitu, menyesal dia tidak menerima lamaran Akhi Syafiq ketika di tahun akhir di universiti.....Bersambung.......

0 comments: