Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam..

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Perihal Muslimah Sejati

Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

Masa Adalah Sebahagian Dari Rawatan.....

Imam as-Syahid Hasan Al-Banna...
Seorang mujadid yang pandai menguruskan masanya malah sejak dari sekolah rendah lagi... pada cuti persekolahan di peringkat menengah, beliau telah mengisi waktu paginya dengan menelaah dan mengkaji buku ilmiah sebagai bekalan pengetahuan... di waktu dhuha, selepas menunaikan solat dhuha , beliau belajar kemahiran membaiki jam dan bercita-cita untuk membuka kedai jam sebagai bekalan kewangan....pada sebelah malamnya pula beliau menghadiri majlis-majlis sebagai bekalan pemikiran.. keesokan harinya beliau bangun malam untuk menguatkan ruhani agar bisa menghadapi haari seterusnya sebagai dae'i murabbi yang mahir.......

Di waktu cuti ini adalah masa yang paling bahaya bagi mereka yang tidak pandai menyusaun waktunya, namun hanya satu perkara yang bisa menyelamatkan kita... iaitu IMAN!!!!!Kalaulah kita betul-betul beriman dan dapat merasai kemanisan iman yang disebut oleh baginda S.A.W

1.Orang yang medahului Allah dan meletakkan Allah di hadapan di setiap ketika
2.Orang yang menyanyangi sahabatnya atas dasar kerana allah taala dan sanggup bekorban apa shj tak kira masa, harta kerana allah yang dia cintai
3.Orang yang takut dan benci untuk kembali pada jahiliyah sepertimana ia takutkan masuk ke neraka....yang jadi persoalannya adakah kita takutkan neraka sepertimana para sahabat dulu takutkan....

Akhir kata... ingatlah hadith Rasulullah s.a.w,,,"qulamantu billah summastaqim"
---berimanlah pada allah kemudian berISTIQAMAHLAH...-------

Ya Allah, aku memohon pada cintamu, cinta orang-orang yang mencintaimu serta melazimi amalan yang membawa kepadaMu,,,,,,,,,,,,,,,,

Lirik Lagu Baru

Terasa bagaikan semalam,
Kau membelaiku dengan kasih sayang,
Oh ibu,
Segalanya masih diingatan,
Dan tak pernah luput dari ingatan,

Masih segar dalam ingatanku,
Pesanmu ibu,
Ku ingati selalu,
Pelihara tingkah laku
Suruhan Allah perlu diturut

Engkaulah matahari
Yang menyinari alam maya,
Sesungguhnya dikau
Yang menerangi jalan yang kegelapan,
Oh ibu....
Amanlah kau di sana....

p/s *lirik xsiap n kelam kabut lagi..
*hope tlg komen2 skit

Apabila Nasyid Hilang Identiti ?

Nur-One dalam kenangan
IRAMA nasyid mula mendapat sambutan hangat dalam industri muzik tanah air pada tahun 1997 apabila kumpulan Raihan muncul dengan album sulung mereka, Puji-Pujian. Album itu mencatat sejarah album paling laris yang dijual lebih 750,000 unit.

Mulai saat itu, Raihan bukan setakat meniti puncak populariti, malah turut mencetuskan suatu fenomena baru dalam bidang rakaman album di negara ini. Antaranya menyaksikan kemunculan banyak kumpulan nasyid yang dibaratkan cendawan selepas hujan. Kemudian banyak pula penerbitan banyak album nasyid yang mempergayakan dalam pelbagai rentak.
Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-16 (AIM) yang akan diadakan pada 2 Mei depan misalnya, turut memberi pengiktirafan kepada irama nasyid sama seperti genre muzik yang lain.

Sayangnya, selepas 12 tahun, irama yang berasal dari Asia Barat itu dikatakan semakin jauh tersasar daripada segi tema lirik serta keaslian muziknya.
Irama nasyid kini semakin hilang identitinya daripada segi elemen-elemen muzik di dalamnya yang bercampur aduk dengan muzik-muzik lain. Pada peringkat awal, irama nasyid banyak disaluti melodinya yang lembut serta mendamaikan dengan menggunakan alat-alat muzik tidak bertali terutamanya gendang, tabla dan kompang.

Penyanyi Nazrey Johani dan Raihan antara artis nasyid yang dilihat masih mengekalkan penggunaan alat-alat muzik itu yang dianggap sebagai konservatif dalam irama nasyid.

Secara umumnya ramai yang mungkin bersetuju irama nasyid digunakan sebagai medium untuk berdakwah. Namun, terdapat kekeliruan apabila segelintir penyanyi atau kumpulan yang mendakwa mengetengahkan lagu-lagu nasyid tetapi tidak pula membawa mesej dari lirik yang sepatutnya.

Penggunaan banyak alat-alat muzik moden juga dilihat kurang perlu kerana apa yang penting ialah kekuatan melodi dan harmoni vokal serta mesej yang ingin disampaikan.
Irama nasyid juga kini tidak jauh bezanya dengan muzik-muzik moden lain kerana ia turut menggunakan instrumen-instrumen seperti gitar, bass, deram dan keyboard.
Dengan adanya instrumen seperti itu, lengguk irama nasyid kini tidak lagi selembut dulu, sebaliknya tempo serta semangatnya lagu-lagunya juga seakan-
akan lebih rancak daripada lagu pop.

Malah, percampuran elemen-elemen muzik dari Barat seperti hip hop yang adakalanya kasar gaya sebutannya turut diselitkan dalam lagu-lagu nasyid moden sejak kebelakangan ini.

Bukan tidak mahukan pembaharuan, tetapi tokok tambah muzik moden yang agak melampau seperti itu adakalanya bukan setakat menjejaskan identiti asal irama nasyid. Kalau sudah dipergayakan, tidak usah menggunakan nama “nasyid”, sebutlah apa saja nama baru yang lebih sesuai.

Ini kerana eksperimentasi seperti itu akan mencetuskan persoalan-persoalan lain seperti hala tuju dan keaslian irama nasyid dalam menyampaikan mesejnya kepada khalayak.

Contohnya, bagaimana untuk menyampaikan mesej atau dakwah jika lagu-lagu nasyid yang disampaikan itu bingit, rancak, terkinja-kinja dan bercelaru pula sebutan vokalnya?

Tidak seperti kumpulan-kumpulan nasyid tahun 1970-an dan 1980-an seperti Al-Jawahir, El Suraya dan Al-Mizan, pendekatan mereka dalam bernasyid tidak banyak mencetuskan pertikaian ramai.

Meskipun tampil dengan konsep muzik pop, tetapi lengguk melodi lagu serta lirik-lirik yang mereka sampaikan jelas masih berada dalam jalur irama nasyid yang sopan dan bermatlamat.

Kumpulan-kumpulan nasyid moden hari ini bukan tidak bermatlamat tetapi matlamat itu lebih untuk mencari pembaharuan muzik dan berorientasikan komersial semata-mata.

Pada masa sama, ada juga di kalangan penyanyi nasyid yang merakamkan album dengan menyanyi atau membacakan semula petikan surah-surah dari al-Quran dalam karya-karya mereka.

Pendekatan itu bolehlah dianggap sebagai Islamik, tetapi yang kurang eloknya ialah, ia dilihat sebagai jalan mudah untuk menambahkan lagi produk-produk nasyid di pasaran.

Sepatutnya, golongan ini tampil dengan melodi lagu-lagu nasyid dan lirik-lirik terbaru berdasarkan situasi semasa serta tidak lari daripada landasan asal iaitu menyampaikan mesej-mesej yang baik.

Apabila berlakunya lambakan album nasyid yang berkonsepkan sedemikian, ia telah menimbulkan kekeliruan bukan sahaja di kalangan pendengar, tetapi juga panel juri pada sesuatu anugerah.

Para juri AIM16 misalnya, mungkin keliru mengadili album atau lagu nasyid yang dipertandingkan jika ia menampilkan petikan ayat-ayat suci al-Quran yang tidak boleh dipertikaikan.

Kesukaran mengadili lagu atau album nasyid seperti itu dapat dirasai kerana, bagaimana untuk memberi pemarkahan kepada ayat-ayat al-Quran yang terbukti jelas tiada cacat celanya?

Kalau boleh biarlah kemunculan album-album nasyid bukan setakat memberi hiburan, sumber ekonomi dalam industri muzik tetapi juga tanggungjawab sosial mereka kepada khalayak.

Justeru, niat untuk menerbitkan album-album nasyid haruslah jelas kerana biarlah keuntungan sesebuah album itu seiring dengan manfaat yang bakal diperoleh oleh para pendengar kelak.

Oleh ABD. AZIZ ITARsumber daripada utusan.com.my